Saya ade seorang kekasih yg sangat baik.tetapi yang membuatkan saya sangat sedih adalah dia ingin memutuskan hubungan sebagai kekasih dan berkata hanya ingin menjadi teman biasa. Tetapi, apa yang memeningkan saya, dia masih ingin layanan seperti kami masih ada hubungan. Contohnya, saya harus membalas mesej darinya setiap hari seperti kami masih pasangan kekasih yang sentiasa risau pasangannya. Memberi tahu dia masih menyayangi saya tetapi tidak ingin menyambung kembali hubungan sebagai seorang kekasih dan apabila dia mendapat tahu saya bermesej dengan kawan-kawan saya yang lelaki sedangkan dia tahu hubungan kami sebagai kawan sahaja dia akan menunjukkan sikap cemburunya. Tetapi tidak pernah mengakui bahawa dia cemburu. Ini amat memeningkan saya yang sentiasa merasa serba salah untuk melepaskannya. Jujur kami masih ada perasaan mencintai dan menyayangi tetapi kami bukanlah pasangan kekasih seperti dahulu. Soalan saya adalah bolehkah hubungan kami diteruskan sebagai seorang teman sahaja dan apa nasihat yang boleh beri kepada saya untuk memulihkan hubungan kami supaya dia menerima kembali saya sebagai kekasihnya?
Nurul
Mr Teddy tengah busy. Jadi biar Abang Qiara jawabkan soalan Nurul ni ye.
Abang sebenarnya rasa sangat hairan sebab Nurul kata dia adalah kekasih yang sangat baik, tetapi kenapa dia tak mahu teruskan perhubungan dengan Nurul ye? Kenapa dia buat Nurul jadi macam ni?
Kalau dia betul-betul kekasih yang baik, dia takkan tinggalkan Nurul dan dia takkan jadikan Nurul ni sebagai teman biasa dia.
Daripada sini pun Nurul dah dapat tahu samada dia serius ke tak. Sebab bagi abang, bila abang baca email Nurul ni abang dah dapat agak yang dia hanya ingin bermain-main saja. Tak serius pun dengan Nurul.
Dia kata dia masih sayangkan Nurul, tapi apa yang dia buat pada Nurul tak seperti orang yang sayangkan kekasih dia. Malah dia sendiri buat Nurul tertanya-tanya.
Kalau Nurul tanya pendapat abang, abang rasa Nurul tak payah dah la teruskan perhubungan dengan dia. Sebab Nurul sendiri yang akan kecewa nanti. Nurul sendiri yang akan rasa penat menaruh harapan dekat dia yang tak pasti.
Nurul yang asyik terkejar-kejar dia, tetapi dia? Dia buat ikut suka dia je pada Nurul. Abang tak suka bila ada orang buat Nurul macam ni. Lebih baik Nurul lupakan dia dan fokus pada benda lain.
Memang susah untuk kita melupakan orang yang kita sayang, tetapi tak bermakna kita tak boleh melupakan dia. Mr Teddy pun ada kongsikan tips cara bagaimana untuk melupakan kekasih lama. Mungkin Nurul boleh baca tips-tips yang dikongsikan oleh Mr Teddy tu.
Kalau Nurul rasa kecewa, Nurul boleh baca ebook Bila Aku Putus Cinta yang ditulis oleh Mr Teddy. Dalam ebook itu pun Mr Teddy ada kongsikan tips-tips cara bagaimana untuk mengubat hati yang kecewa. Mungkin ebook itu boleh membantu Nurul lupakan dia dan move on pergi tinggalkan dia.
Tapi kalau Nurul masih perlukan bantuan dan pandangan dari orang lain, Nurul boleh tanya pendapat rakan-rakan yang lain dekat Forum Tentang Cinta. Di sana ramai ahli-ahli FTC yang sudi untuk bantu Nurul. Abang pun ada juga online dekat forum tu. Nurul tanya je soalan, insyaAllah akan ada yang sudi bantu Nurul nanti.
So Nurul, cukup-cukuplah Nurul bersedih dan fikirkan tentang dia. Jangan biarkan sebab dia, Nurul jadi macam ni. Ada banyak lagi perkara yang Nurul kena fikir selain dia.
Tak ada apa pun Nurul dapat kalau Nurul fikirkan tentang dia. So let him go. Ok?
Lupakan dia, dan teruskan hidup macam biasa. Abang yakin Nurul boleh buat. Abang percaya pada Nurul. Dan abang doakan semoga Nurul berjumpa dengan orang yang lebih baik dari dia.

Xpayah la nk cinta2… mbawa kpda kemudaratan je…. frendly je.. sapa cpt dia dpt… haha
Cuma ada 2 alasan:
1. Negatif : dia cuma nk mmpermainkn awk— biarkn dia pergi
2. Positif : dia xnk b’couple, tp dia syg awk dr jauh je— jalani hidup seperti biasa. Jgn terlalu b’harap, cuma berserah pd Allah. Klu ada jodoh tidak ke mana.
Pd pndgan sy, b’couple ni lbih bnyk mgundang pkara yg x elok bbnding yg elok, sbb tu ade yg ckp couple tu haram. Yg plg elok adalah menikah. Tp itu pn stlh kita benar2 bersedia utk pikul tggjwb sbgi seorg suami/isteri/ibu/ayah.
tidak ada yang tau hati seseorang
Hmmm…x pyh di pakai sgt la kata2 beliau yg still sayang tp xdpt nk lupe kan kite ni dik non….hakak dh mengalaminye….paham bile nurul ckp dia kekasih yg baik….paham bile nurul kate dia jeles bile kite mesra dgn lelaki lain tp bukan dgn dia…paham gak bile kite di layan mcm kekasih walhal beliau yg hadap sgt nk break…teman biase kisahnye…and…trust me…hakak sgt paham hape yg nurul rs right now..kenkonon x bleh hidup tanpa ada kite le tu an..an..an… kisahnye dik….mamat tu la ni slmt dh jd laki horang dik…. Rs2 pooh mayb ur x-bf ni x konfiden lg bout ur r/ship together….smthg buat dia rs unsecure bout himself mayb… My advice is..ce cube diskusi bersama…luahkan ape yg makes both of u uncomfortable or unhappy smpi u guys hv to split up… Klu awl lg br putus, n klu sayang lg this r/ship…berbincanglah …but…klu rs sesenang je dia nk putus tetibe mcm gile talak blk….just fikir la…sok klu dh kawen….sbb mende kecik tetibe keputusan yg di amik pun dgn terburu2…an….so….anyhtg mntk pd yg Maha berkuase…mntk pd org ni kekadang hampa jd..
Noways
xsume laki mcm tu.. cba fkr.. mcm mne klalu laki tu mntk putus sbb dye nk elakkn korg brdua drpda buat mksiat… cba fikir.. klau dye nk cri org lain mmg blh… tp xkn dia smpai cmburu bgai… mntk prhatian dri awk jgk kn? cba fikir..
Assalammualaikum Nurul.
Mengikut jalan cerita awak, pada pendapat saya, dia cuma hanya ingin berkawan sahaja. Kerna saya percaya, jika seseorang itu benar-benar ikhlas sayang dan cinta sama kita, sudah pastinya dia ingin kita menjadi miliknya.
Mungkin sukar untuk Nurul melupakan beliau, tetapi saya sarankan supaya Nurul tidak putus berdoa pada Allah, serahkan saja semua pada Dia, dan pastinya percaya pada Dia, bahawasanya semua yang terjadi adalah untuk kebaikan kita sendiri.
Usah mengeluh, malah bersyukurlah kita di atas segala suka dan duka, susah atau senang, InshaAllah.
*We help ourselves, for very sure Allah will help us ๐
Mau punya casino online sendiri dan dapat uang? Dapatkan casino online milik Anda sendiri tanpa investasi silahkan klik link ini ya: http://hints.gamblingbuilder.com/id/
saya tertanya-tanya bagaimana saya nak menjaga kesetiaan orang itu dan bagaimana saya nak menjaga suatu hubungan agar tidak terputus di tengah jalan… mohon pencerahan anda semua….bagaimana pula kita nak curahkan segala kasih sayang kita dekat kekasih kita itu…. dengan acara apakah kita perlu menyemaikan kasih sayaang itu….
jadi Baperr :'(